Friday, 12 August 2011

::: moga selamat semuanya :::


aku tak tahu kenapa?
aku tak tahu mengapa?
aku tak tahu dimana?
aku tak tahu bagaimana?
kerana kuasa bukan ditanganku

hari ini kau datang memohon restu
mintalah pada kedua orang tuamu
hari ini kau datang memohon ampun
mintalah pada yang Maha Pengampun
hari ini kau datang minta dihalalkan segalanya
mintalah pada Pemberi Rezeki

kerana aku bukanlah sesiapa
hanya makhluk di utus tuhan untuk menyampaikan sesuatu
sebagai pengajaran
sebagai pedoman
sebagai pelakon watak sampingan
mewarnai lakaran hidupmu
dalam cebisan-cebisan waktu umurmu

katamu tuhan yang menjadikan semua ini
tuhan yang mengubah hati ini
tuhan yang menciptakan kesakitan ini
maka tiadalah salah dipihakmu
bererti tiada jugalah maaf dipihakku
kerana aku hanya manusia
mengikut telunjuk aturan Penciptaku



p/s: selamat jalan moga selamat semuanya

No comments:

Post a Comment