Thursday 29 September 2011

::: kepenatan tak berkesudahan :::



berlari aku kelelahan
cuba berhenti namun kaki ku enggan
tercungap-cungap melepaskan kepenatan
suara hati memberi arahan
untuk kaki terus berjalan
entah sampai kapan
aku akur dalam kepasrahan

andai kaki mampu melawan
ku pijak-pijak hati berhenti mengarahkan
supaya tidak terus kesesatan
ku kuis-kuis otak agar tidak terus terfikirkan
mengarahkan sebuah perjalanan
tanpa perhentian
sungguh menyesakkan

sumpah aku penat....!!!





p/s: there's beauty in the broken. it's just harder to find

Monday 26 September 2011

::: one day :::



there's no need to rush
if something is meant to be
it will happen
in the right time
with the right person
for the best reason

don't girl, don't cry
just rest your head and go to bed
your time will come to fly away



P/S: kalo xmampu dgr dengan telinga sila dgr dengan  hati 

Friday 16 September 2011

::: putaran yang mengelirukan :::



lihat kanan 
eh itu dia
lihat kiri
dia lagi
pejam mata rapat-rapat
otak sila tenang
hirup udara dalam-dalam
cuba bermeditasi

buka mata
lihat dunia
di mana-mana
ada dia
mungkin aku sudah gila
eh pasti..!!


p/s: bila pesanan dari hati ke otak menemui jalan buntu

Tuesday 13 September 2011

::: terkadang emosi :::



gerak emosi mencuba menakluki
lembah - lembah suram
mengubah putaran buah fikiran
melawan arus anjakan paradigma
songsang lumrah si penemberang

tegap kau berdiri
dengan megah mengusung dada
melemparkan serpihan kehancuran
mananamkan benih-benih kebencian

berkecamuk aku terperosok
akal yang dangkal cuba memonopoli
sejarah fikiran sempit
otak beku disejuk beku
bodoh sungguh bukan kepalang



P/s: penghambaan  jiwa kepada yang tidak berhak

::: kekaburan pandangan :::



aku cuba merangkak
menerjah dunia luar
jauh dari lingkaran 
tititk - titik hitam
pencetus kekaburan

cuba membuntuti cahaya halus
kononnya sinar bagi jalan keluar
dambaan sang jiwa
akal turut serta menghasut 
terserlah kebodohan
kerterpaksaan lantang persoalkan tindakan

sedang asyik merangkak
dunia tiba jadi gelap
pandangan kelam
tidak bercahaya walau sehalus bulu roma
ya kekaburan membataskan pandanganku

hati mengeji perbuatanku
kerana pintu telah tertutup
saat itu
waktu itu
ketika itu
takkan kau jumpa 
walau dimana



p/s: hasutan jiwa memperlihatkan kebodohan dalam kematangan

Monday 12 September 2011

::: percubaan sebuah penafsiran :::




jiwa berbicara
cuba berbisik
bisikan pelahan 
sukar ku tafsirkan
apa yang cuba kau siratkan
untuk akal memutarkan 
sebuah pemberitahuan

aku buntu
masih cuba memahami
isi jiwa yang sedang luka
adakah kau berbisik kerana luka yang terlalu parah
owh apakah ubatnya??
biarlah aku mencari kemarata-rata
kesembuhanmu aku perlukan
untuk mentafsir 
pesanan kepada akal 

masih aku gagal
dalam hiruk-pikuk
kercelaruan minda bertangkai hati
ku asing luka 
namun masih berdarah
ku titip pesanan
namun masih bermadah lelah
Allah bantu hambaMu


p/s : bila hati dan akal tidak bersatu,  fizikal mula membelot



Thursday 8 September 2011

::: kelam malam :::



dalam duka malam
aku tenggelam
aku terkemam
aku tegumam
meratapi sisa-sisa silam

duka itu masih ada
luka itu masih terasa
entah sampai bila
aku lemas dalam derita
imbasan kenangan peneman bercerita

ya tuhanku
sekali lagi aku tewas
dalam mainan cinta manusia
dalam rasukan bisikan syaitan
dalam hawa nafsu yang mendesak



p/s: terkadang sulit mengikhlaskan apa yang terjadi dalam hidup kita. xsemudah mulut menutur bicara

Sunday 4 September 2011

::: syawal 2 :::



wahai sang arjuna
ampunkan segala kertelanjuranku
ampunkan segala kesalahanku
halalkan segala sesuatu
halalkan makan minumku
maafkan segala kesakitan
maafkan segala kesulitan

untuk
sepanjang kita bersama
kau menderita
kau kecewa
kau terseksa
kau terluka
ampunkan aku

ku susun atur jari
elok terletak kesepuluhnya
memohon ampun
mengucapkan salam
selamat hari raya maaf zahir & batin

-love-



p/s: crying is the only way how ur eyes speak when ur mouth can't explain how things made ur heart broken.