Tuesday 26 February 2013

::: Changing Phases :::


kau tarik
untuk aku terbang tinggi
tetap kau mahu aku di sisi

kau tarik
untuk tidak aku terhempas ke bumi
kerana walau kita dekat
apalah guna aku ini

hari ini

kau lepas
aku bebas
tanpa konklusi yang jelas

sama ada kau sengaja lepas
atau
kau pura-pura terlepas

hakikatnya
layang-layang bebas di awangan
benang sudah tidak lagi di tangan

Kesian

credit: google


p/s: Hanya Kau yang tahu kodeksku yang kompleks

Saturday 2 February 2013

::: hari-hari jadi malam :::


kata orang
sayang banyak-banyak
lama-lama jadi hilang

kata aku 
tak mau sayang-sayang
tapi tetap kau terbang

sungguh-sungguh aku tak faham
aku betul-betul kehilangan
sakit kan?



P/s : keep your options open :)