Saturday 25 August 2012

::: final - partayyyy - interview - chambering - konvo - eh raya?? :::



macam biasa agak lama tak bersiaran di laman sesawang jalur lebar. secara spesifik merujuk kepada blogging. yes! kehidupan yang berasak-asak, kelajuan dan ketidakjangkauan kefikiran akhirnya hari ini pada waktu ini 12:06am 26th August 2012 baru dapat jari jemari gemok ini merangkak-rangkak menekan papan kekunci ewahhhh... 

im done with my final exam of my final year as a law student. 5 years in law school mmg tough i tell u. bukan senang tau! nsb xde fail walau result xsegempak mane.ALHAMDULILLAH.


last paper =)

4 years!! 

perasaan tak payah cakap memang sebak campur gembira campur teruja tak terkata. saat ini tiada perkara lain yang bermain diminda hanya ingin bergembira menghabiskan sisa-sisa masa yang ada bersama rakan-rakan sekuliah tercinta. tak caya boleh lihat riak wajah masing-masing kat gamba bawah niey

freedom 
kegembiraan kebebasan yang dinikmati tidak dibazirkan semata di dewan peperiksaan. kami batch 24 membawa perasaan itu ke satu pesta yang di hadiri oleh warga-warga fakulti untuk meraikan kegembiraan ini bersama kami. dimana lagi kalau bukan di fakulti yang disayangi =D. Party untuk kita-kita aja ini di plan sendiri oleh kami-kami jugak sebagai tanda penghargaan selama 4 tahun di sini khas untuk warga fakulti. terima kasih fuu-an. ahaks!

kalau bergamba batch 24 xpenah kalah ok!

pantang ada camera kat situ la berkerumun

sesi potong kek! 

menu makan malam niey mmg dabomb! banyak tak berabis siap bawak balik tapau pg picnic hahahhaha... walaupun da makan banyak still banyak gak yang tak abis. walhal kalau makanan batch 24 dah macam piranha tau!




macam-macam aktiviti. we're having so much fun!! ada masa fun ada masa touching tau! malam niey nangis banyak gila. tapi masalah nye orang lain dok happy-happy girang bermain. ntah mana datang habuk dok masuk berlumba ke mata haishhhh!! wrong time betol habuk niey masuk..!! sesi mintak maaf salam-salam satu batch itu wajib ok! time niey memang merah mata merah hidung pipi bagai. segala ayaq mata, ayaq idung, ayaq liur kluar... fuhh memang meruntun jiwa abis tau!



kegembiraan dan celebration tidak terhenti di situ sahaja. esok nye sambung picnic kat PD sebagai ganti sbb plan pg USS tak kesampaian atas sebab-sebab tertentu. it's ok yang penting kita bersama gembira cececec... dan yang paling epic i was late!! sampai cikgu datang kejut ketuk pintu bilik dan bangun buat muka selamba tanye ye?? blerghhhh!! hp mati tak dapat dihubungi uolss!! sepanjang perjalanan kene bebel. konvoi 3 buah keta dan menjadi masalah nye lagi 2 buah dah tunggu dan begerak menuju ke PD hanya menanti sebuah ini di mana penumpangnya tidur tidak sedarkan diri T_T



nampak tak??? berpesta je keje kitorang ini tak campur jalan2 ke melaka.  makanya netry dan tajuk tidak lagi selari seia sekata. adeh! maka nya akan wujud siri 2 yang menceritakan kisah selanjutnya. sebenarnya ada banyak nak update tau!! pasal mock trial, hari keluarga fuu, kejohanan badminton bla bla bla sume2 aktiviti saat-saat akhir tapi masa tidak mengizinkan dan kemalasan pada tahap dewa menggugat keinginan menceritakan segala yang dihajati. 

entry ini habis setakat di sini. sehingga berjumpa lagi untuk siri ke 2 (bajet cam ada org baca blog kau tau -.-)


p/s: Happy eid Mubarak everyone =)