Wednesday 23 October 2013

::: hari-hari demi hari ini :::



siang hilang malam berganti
pejam mata
celik hati

panas terik
hujan membasahi 
hari-hari demi hari ini

sudah empat bulan 
teruskan berjalan


p/s: perubahan fasa

Thursday 10 October 2013

::: pengakhiran :::



titik satu
titik dua 
titik tiga
titik seterusnya

tiada berkesudahan
seperti mana penantian 
sekali lagi
aku yang kepenatan





p/s: well you only need the light when it's burning low

Wednesday 2 October 2013

::: Bukan-bukan :::



aku bukan batu
untuk kau caci

aku bukan patung 
untuk maki

aku bukan lalang
untuk kau pijaki

aku bukan babi
untuk kau keji

persis apa aku ini
untuk kau marahi setiap hari




p/s: siapa-siapa boleh tolong payungkan hati?

Sunday 2 June 2013

::: Amnesia :::




Untuk pertama kali 
untuk kedua kali
untuk keseribu kali
tetap
kau masih di situ

untuk sebesar-besarnya
untuk sekecil-kecilnya
untuk sekelumitnya
untuk apa yang aku rasa
tetap
perasaan itu masih sama

cuma kita bukan lagi dengan entiti yang sama



Monday 11 March 2013

::: hari ini :::


hari ini 
untuk kesekian kalinya
aku 
menyerah
kalah 
rebah

credit : https://www.google.com.my

p/s: kadang-kadang hati juga perlu payung untuk berlindung

Tuesday 5 March 2013

::: Bayang-bayang :::


Selama-lamanya
masih aku mengejar 
objek legap tidak punya paras
tidak punya aras
tidak juga jelas

selamanya-lamanya
masih aku berlari
tetap
tidak ada satu detik 
yang menghubungkan kita

selama-lamanya
aku masih seorang pelarian
yang hanya mengejarkan
sesuatu yang tidak terkejarkan
perlahan

selama-lamanya
walau aku kejar
walau kita sejajar
aku dan bayang-bayang 
tidak mungkin akan menyatu

credit: http://agungcahyo.blogspot.com/2010/04/


p/s :  biarkan kesedihan hilang sebelum kering air mata

Tuesday 26 February 2013

::: Changing Phases :::


kau tarik
untuk aku terbang tinggi
tetap kau mahu aku di sisi

kau tarik
untuk tidak aku terhempas ke bumi
kerana walau kita dekat
apalah guna aku ini

hari ini

kau lepas
aku bebas
tanpa konklusi yang jelas

sama ada kau sengaja lepas
atau
kau pura-pura terlepas

hakikatnya
layang-layang bebas di awangan
benang sudah tidak lagi di tangan

Kesian

credit: google


p/s: Hanya Kau yang tahu kodeksku yang kompleks

Saturday 2 February 2013

::: hari-hari jadi malam :::


kata orang
sayang banyak-banyak
lama-lama jadi hilang

kata aku 
tak mau sayang-sayang
tapi tetap kau terbang

sungguh-sungguh aku tak faham
aku betul-betul kehilangan
sakit kan?



P/s : keep your options open :)


Thursday 31 January 2013

::: Kelam :::


Rasa takut
Perasaan yang aku cuba elak
aku cuba tak mau ingat
aku cuba untuk bangkit
kau datang lagi menghimpit
Membelit
Melilit
Aku tersepit 

Kata kau mahu cuba faham
Aku cuba tahan
Kata kau mahu cuba sabar
Aku cuba mencabar
Kata kau mahu cuba mencairkan
Aku cuba duduk dingin dan membeku

Sampai waktu bila
Ulat jadi rama-rama
malam jadi siang
awan jadi hujan
tetap tanah itu ketandusan
kering
gersang
walau puas airmata berjujuran kau curahkan

Empangan tidak akan pecah 
jika tiada beban yang menekan
airmata tidak akan tumpah 
jika tiada hati yang tersakitkan


-Redha-


p/s: there is always something left to lose