kau tarik
untuk aku terbang tinggi
tetap kau mahu aku di sisi
kau tarik
untuk tidak aku terhempas ke bumi
kerana walau kita dekat
apalah guna aku ini
hari ini
kau lepas
aku bebas
tanpa konklusi yang jelas
sama ada kau sengaja lepas
atau
kau pura-pura terlepas
hakikatnya
layang-layang bebas di awangan
benang sudah tidak lagi di tangan
Kesian
credit: google |
p/s: Hanya Kau yang tahu kodeksku yang kompleks