Showing posts with label koyak. Show all posts
Showing posts with label koyak. Show all posts

Friday, 18 November 2011

::: reminiscence :::

tak terfikirkan
berjalan kau menghayun langkah
mengembalikan kenangan
aishhhh
fikiran tak terjangkaukan
yang tak terkawalkan 
kemana kau harus melayang

tersenyum aku bahagia mengingati
kenangan manis itu melintasi
tapi hati merintih mengesali
apa yang kau termimpikan lagi
itu semua telah mati

kadang jiwa perlu momentum
kekuatan yang tak tercapaikan
jari halus menguis menggapai
walau tak kesampaian
tetap kau ada di situ
menjadi satu tuju
perlahan aku alihkan perhatian
jauh kebelakang


ouchh surprise untuk kesayangan btol2 membangkitkan memori


p/s: stop pretending n moving on


Sunday, 16 October 2011

::: hati busuk :::



kau susun atur langkah 
cuba bermain kasar tapi tampak halus
kau injak-injak 
sekeping hati yang telah lama parah
kau tabur lembut racun
bukan kepalang bisanya
durjana sungguh sifatmu

bila aku bangkit
kau sakit
kau bawa bersama azimat
tangkal pencabut nyawa
aku rebah
oleh rakusan mainan jiwa 

wahai Pencipta
kau jadi saksi
penderaan kezaliman hambaMu yang celaka
penyeksaan kejam kepada yang lemah
kau bunuh jiwa
kau bunuh raga
menangis hiba batinku
adakah kau lupa aku ini hambaNya?


p/s : u hurt me. but do i deserve this?

Thursday, 29 September 2011

::: kepenatan tak berkesudahan :::



berlari aku kelelahan
cuba berhenti namun kaki ku enggan
tercungap-cungap melepaskan kepenatan
suara hati memberi arahan
untuk kaki terus berjalan
entah sampai kapan
aku akur dalam kepasrahan

andai kaki mampu melawan
ku pijak-pijak hati berhenti mengarahkan
supaya tidak terus kesesatan
ku kuis-kuis otak agar tidak terus terfikirkan
mengarahkan sebuah perjalanan
tanpa perhentian
sungguh menyesakkan

sumpah aku penat....!!!





p/s: there's beauty in the broken. it's just harder to find

Friday, 16 September 2011

::: putaran yang mengelirukan :::



lihat kanan 
eh itu dia
lihat kiri
dia lagi
pejam mata rapat-rapat
otak sila tenang
hirup udara dalam-dalam
cuba bermeditasi

buka mata
lihat dunia
di mana-mana
ada dia
mungkin aku sudah gila
eh pasti..!!


p/s: bila pesanan dari hati ke otak menemui jalan buntu

Tuesday, 13 September 2011

::: terkadang emosi :::



gerak emosi mencuba menakluki
lembah - lembah suram
mengubah putaran buah fikiran
melawan arus anjakan paradigma
songsang lumrah si penemberang

tegap kau berdiri
dengan megah mengusung dada
melemparkan serpihan kehancuran
mananamkan benih-benih kebencian

berkecamuk aku terperosok
akal yang dangkal cuba memonopoli
sejarah fikiran sempit
otak beku disejuk beku
bodoh sungguh bukan kepalang



P/s: penghambaan  jiwa kepada yang tidak berhak

::: kekaburan pandangan :::



aku cuba merangkak
menerjah dunia luar
jauh dari lingkaran 
tititk - titik hitam
pencetus kekaburan

cuba membuntuti cahaya halus
kononnya sinar bagi jalan keluar
dambaan sang jiwa
akal turut serta menghasut 
terserlah kebodohan
kerterpaksaan lantang persoalkan tindakan

sedang asyik merangkak
dunia tiba jadi gelap
pandangan kelam
tidak bercahaya walau sehalus bulu roma
ya kekaburan membataskan pandanganku

hati mengeji perbuatanku
kerana pintu telah tertutup
saat itu
waktu itu
ketika itu
takkan kau jumpa 
walau dimana



p/s: hasutan jiwa memperlihatkan kebodohan dalam kematangan

Monday, 12 September 2011

::: percubaan sebuah penafsiran :::




jiwa berbicara
cuba berbisik
bisikan pelahan 
sukar ku tafsirkan
apa yang cuba kau siratkan
untuk akal memutarkan 
sebuah pemberitahuan

aku buntu
masih cuba memahami
isi jiwa yang sedang luka
adakah kau berbisik kerana luka yang terlalu parah
owh apakah ubatnya??
biarlah aku mencari kemarata-rata
kesembuhanmu aku perlukan
untuk mentafsir 
pesanan kepada akal 

masih aku gagal
dalam hiruk-pikuk
kercelaruan minda bertangkai hati
ku asing luka 
namun masih berdarah
ku titip pesanan
namun masih bermadah lelah
Allah bantu hambaMu


p/s : bila hati dan akal tidak bersatu,  fizikal mula membelot



Thursday, 8 September 2011

::: kelam malam :::



dalam duka malam
aku tenggelam
aku terkemam
aku tegumam
meratapi sisa-sisa silam

duka itu masih ada
luka itu masih terasa
entah sampai bila
aku lemas dalam derita
imbasan kenangan peneman bercerita

ya tuhanku
sekali lagi aku tewas
dalam mainan cinta manusia
dalam rasukan bisikan syaitan
dalam hawa nafsu yang mendesak



p/s: terkadang sulit mengikhlaskan apa yang terjadi dalam hidup kita. xsemudah mulut menutur bicara

Saturday, 6 August 2011

::: hati berbicara :::


I miss you
damn much
i love you
damn much
i need you
damn much

but

....................................................




Thursday, 4 August 2011

::: kadang terkenang :::


bila hati terkenang
perlahan air mata bergenang
menandakan hati sedang pincang
kekuatan diri mula goyang

bila hati terkenang
satu sudut di hati bagai diterajang
rebah bertelanjang
kesakitan yang tak mampu dibayang

bila hati terkenang
kusujud mohon diri agar tenang
moga muncul pelangi petang
dijauhkan dari ribut taufan yang mendatang



p/s: daging bagai dihiris-hiris dan ditoreh-toreh

Wednesday, 3 August 2011

::: how i wish... :::


tak sekali terlintas 
kau akan pergi
tak sekali terlintas
aku akan sendiri
tak sekali terlintas 
diri dilukai

diri
mencuba sedaya upaya
jiwa dan raga
kudrat yang ada
menaham air mata
menahan derita

ya Allah...
yang maha mengetahui segala isi hati


Saturday, 30 July 2011

::: honesTy :::


im human
i overreact 
i underestimate
i overestimate
i over think everything
i dream big
and when im saying i love u, im not lying




Monday, 25 July 2011

:::Tik tAk Tik tAk:::


dup dap dup dap bunyi jantung
tik tak tik tak dadaku berdetak
ouch sakit
owh perit
eh ini bukan perihal hati
betul-betul aku sakit
apahal??

saban tahun ku hadap
tidak pernah berharap
kali ini aku terperap
aku juga terperangkap 
dalam simpanan aku dakap
kusimpan kedap

ok fine berhentilah berdetak
dada aku sakit kau tau tak??




lokasi: umah usang pinggiran bukit

aDa apA deNGan ciNTa?


tak pernah ku pinta yang lebih baik
kerana diri juga tak sempurna
burukmu ku terima 
baikmu bonus pemberianNya

celaka sungguh perasaan itu
sakit.
perit 
menjadi satu

memori kita hangat menampar 
sel-sel otak yang bercantum
menguatkan ingatan
menelan kedukaan
memadamkan kebencian

ada apa dengan cinta?
terletak pada jiwa
atau
terletak pada hati
atau
terletak pada akal

yang pasti aku cinta kau sampai mati

Sunday, 24 July 2011

i do care

If ten people care for u
one of them is me
If one person care for u
that wud be me
If no one care for u
that means im not in this world anymore

-apa khabar pokok??-

tAngaN yanG sUDi meNGhuluR

Berjalan aku menyusuri liku-liku kehidupan
tersepak batu tersungkur aku kedepan
rebah
berdarah
lelah

Ku toleh jika ada tangan yang menghulur
kosong
sepi
sendiri aku meratapi

Ingin bangkit sedangkang kaki terpaku
melekat 
cermat
ketat
apakah ini sebuah alamat?

Arghhh hulurkan aku sesuatu untuk bangkit
berikan aku sesuatu biar terhenti darah
tetap masih aku di situ
bersama luka
bersama air mata
bersama ketakutan
tak punya kekuatan
hingga kering air merah

Mati 

Titik.